APA SEBENARNYA PUNK?
ADAKAH IA FASHION @ MUSIC?

•Punk sebenarnya bukanlah music atau feshion yg kita ketahui pada hari ini. Tetapi ia adalah atitude lahir daripada sifat memberontak, tidak puas hati, marah dan benci drpd sifat² inilah maka lahirnya Punk. Rasa tidak puas hati dan marah pada sesuatu ditunjuk dan dimasukkan ke dalam music dan imej(pakaian) mereka.

•Punk juga sebenarnya sangat benci pada `street fashion` , keadaan social, politik dan ekonomi yg menindas music dan benda² glam.(contohnya seperti golongan² artist, hippies dan rock)

•Mempunyai dan membentuk satu scene yg tersendiri di dalam scene ini juga, semua benda yg dibuat adalah melalui satu konsep iatu (D.I.Y) dan konsep ini merupakan satu konsep yg menitikberatkan nilai² persahabatan(unite). Semangat berdikari tanpa mengharapkan bantuan drpd mana² pihak dan juga "self empowerment" dan "anti-estabushment".

•Zine atau fashion, flayer atau gigs dilakukan dan dibuat secara undergrounds.

SEJARAH & REVOLUSI PUNK?
BAGAIMANA & DIMANA IA BERMULA?

•Punk sebenarnya sudah bermula di Amerika sejak awal tahun 70an lagi. Tetapi ada masa ini ia tidaklah begitu heppening kerana rakyat Amerika tidak dapat menerima music ini secara keseluruhannya disebabkan ianya begitu extreme dan aggressive band. Perintis yang terdapat atau yang telah ditubuhkan pada ketika ini (70-75) seperti The Ramones, Iggy Pop, Patti Smith, New York Dolls dan Modern Lovers.

•Selepas pada itu, iatu pada pertengahan tahun 70an, keadaan menjadi amat
berbeza sekali di Britain kerana ia diterima dengan meluas disini pada
ketika ini, scane ini menjadi begitu happening disebabkan oleh rakyat
Britain pada masa ini sedang mencari media² untuk mereka memberontak(rabel) kerana keadaan ekonomi di Britain yang tersangat gawat dan pada masa inilah zaman revolusi Punk sebenarnya bermula.

•Puak² Punk dan Skinheads di Britain kebanyakkannya adalah daripada remaja² Working Class. Mereka memberontak disebabkan oleh dasar ekonomi dan sistem sosial Britain yang menindas.

ÞKemunculan Sex Pistols pada ketika ini juga telah menyemarakkan lagi scane ini. Disini sehinggakan ia menjadi begitu heppening sekali pada masa ini dan kemunculan mereka kena pada suasana ketika ini.

ÞBand ini menjadi begitu kontroversi sekali di Britain pada masa ini desebabkan kerana keberanian mereka bersuara dan menentang kerajaan. Ini kerana lagu² yang mereka bawakan agak pada keganasan iatu Facist, Riot, Choas, Anarchy dan anti kerajaan.

PENUBUHAN SEX PISTOLS DI BRITAIN.
(BAND PUNK LEGENDA & YG PERTAMA DI BRITAIN)

•Malcolm Mclaren, iatu seorang tauke butik di London dan juga merupakan
pengurus kpd band New York Dolls sedang mencari idea di mana ingin
menubuhkan sebuah band yg dapat menyebarkan idea² Anarchistnya. Sehingga pada akhirnya beliau bertemu dengan Jonny Rotten, Gleen Matlock, Steve Jones & Paul Cook dan menubuhkan Sex Pistols di Britain.

•Sex Pistols dengan rasminya telah ditubuhkan pada tahun 1975 di Britain dan
Malcolm Mclaren lah merupakan orang yg bertanggungjawab menubuhkan band ini.

•Sex Pistols merupakan band Punks yg pertama di Britain dan juga diiktiraf
sebagai band Punk legenda oleh dunia. Ini kerana, kehadiran mereka telah
menyemarakkan lagi scene Punk di Britain pada ketika itu.

•Membawakan muzik ala Rock`N`Roll yg bingik dan keras juga dengan lagu² yg penuh kontroversi dan anti kerajaan. Lagu² mereka yg menjadi kontroversi di Britain pada pada ketika itu ialah seperti lagu 'Anarchy In The UK' & 'God
Save The Queen' dan telah diharamkan oleh BBC @ Britain Broadcasting pada ketika itu.

•Orang yg bertanggungjawab menggubah dan mencipta lagu 'Anarchy In The UK' & 'God Save The Queen' sebenarnya adalah G-Matlock iatu bassie kumpulan ini dan melalui lagu inilah reputasi band Sex Pistols meningkat dan menjadi terkenal. Tetapi selepas itu Glen Matlock telah keluar daripada band ini kerana ingin menubuhkan Iggy Pop & The Rich Kids dan tempatnya telah diganti oleh Sid Vicious.

•Kehadiran Sid telah membuatkan populariti band ini terus melonjak naik dan
menjadi bertambah rebellious. Ini munkin kerana disebabkan sifat Sid sendiri
yg extreme aggresive dan ganas sesuai dan kena dengan imej Sex Pistols
sebenarnya Sid juga banyak memperlihatkan aksi² yg ganas dan kurang ajar
ketika di pentas. Contohnya, suka meludah dan kencing di atas pentas sehingga membuatkan Menteri Pendidikan Britain pada ketika itu melabelkan mereka sebagai 'Agen Keruntuhan Moral Masyarakat'.

•Sid juga banyak mengubah imej dan penampilan kumpulan ini. Ini kerana ramai yg mengatakan bahawa Sid lah yg telah memperkenalkan fesyen rambut Mohawk sebenarnya. Contohnya ketika beliau muncul pada pertama kali di siaran TV British dengan fesyen rambut Mohawk ini. Dan selain Sid, Vivien Westwood iatu isteri kepada Malcolm McLaren juga telah memperkenalkan fesyen ini dan ia telah mejadi trend sehingga sekarang.

•Sex Pistols akhirnya mengalami kejatuhan pada tahun 1978 disebabkan oleh
kematian Sid kerana dadah(Drugs Overdose). Walaupun begitu, ia merupakan sebuah band Punk legenda. Kemunculan dan kehadiran mereka telah menjadi idola dan ikutan oleh sebilangan besar followers² dan juga bands Punk sehingga ke hari ini.

•Di dalam line up Sex Pistols nama Sid menjadi sebutan dan tidak lekang dari
bibir follower² Punk jika dibandingkan dengan line up yg lain. Ini munkin kerana diantara mereka Sid Vacious lebih berketerampilan. Penampilannya bukan dari segi imejnya sahaja tetapi ia termasuk dengan sifatnya sekali dan beliau boleh dikatakan Roll Model kepada Sex Pistols.

•Sex Pistols (1975-1978).

 

BACK