sXe

1. Dari manakah datangnya nama sXe ini ?

-Menurut apa yang pernah aku terbaca, perkataan sXe ni datang dari drummer band Minor threat iaitu Jeff Nelson. Sewaktu Minor Threat ingin mengadakan persembahan di salah satu gig, Jeff Nelson telah melukis poster untuk gig yang akan mereka perform dengan menggunakan sebuah pembaris kayu.

Dengan itu dia berkata kepada line-up Minor Threat yang lain ,bahawasanya tegaknya sisi pembaris itu adalah sama seperti lifestyle yang mereka bawa iaitu 'stay punk, stay clean' dengan *metaflora.

*metaflora adalah suatu gaya bahasa yang terdapat dalam seni sastera yang membawa maksud - bahasa kiasan yang menyatakan sesuatu dengan perkataan yang lain. Tetapi ianya mempunyai aspek-aspek persamaan dengan objek yang pertama.

-Selain itu,menurut bahan bacaan lain yang pernah aku baca nama sXe ini datangnya dari vox Minor Threat iaitu Ian Mckay. Pada mulanya beliau berhasrat untuk menamakan Minor Threat dengan nama sXe. Tetapi malangnya kesemua line-up Minor Threat tidak menyetujuinya. Akhirnya Ian Mckay hanya menulis lagu berkenaan sXe

Straight Edge
by Minor Threat, 1981 [3]

I'm a person just like you
But I've got better things to do
Than sit around and fuck my head
Hang out with the living dead
Snort white shit up my nose
Pass out at the shows
I don't even think about speed
That's something I just don't need

I've got the straight edge

I'm a person just like you
But I've got better things to do
Than sit around and smoke dope
'Cause I know I can cope
Laugh at the thought of eating ludes
Laugh at the thought of sniffing glue
Always gonna keep in touch
Never want to use a crutch

I've got the straight edge
-Lyrics by Ian MacKaye,
Minor Threat, Dischord Records

2. Apakah elementary sebagai sXe'er

-Seperti yang diketahui umum sXe merupakan lifestyle atau cara hidup.Ia juga lebih menjurus kepada cara hidup yang sihat dan positif. sXe juga adalah drug free-lifestyle. Elementarynya adalah simple tetapi agak sukar untuk diikuti.

-no smoke
-no drink ( alcohol )
-no drugs
-no free-sex


3. Mengapakah ramai yang mengambil sXe sebagai cara hidup mereka?

-Ramai pun tak ramai sangat. Tetapi bagi mereka yang mengambil sXe sebagai lifestyle adalah kerana mereka inginkan kehidupan yang lebih sihat berbanding sebelumnya. Ini kerana sXe'ers bebas dari segala najis dadah yang dapat menjadikan seseorang itu ketagih. Selain itu bukan sahaja kita peroleh kehidupan yang lebih sihat, ia juga dapat menjamin 'kesihatan' poket kita kerana kita tidak perlu bersusah payah untuk mengeluarkan duit untuk membeli rokok dan sebagainya.
-Mungkin juga mereka sedar akan keburukan dadah itu sendiri kepada masyarakat mahupun diri sendiri. Dadah adalah pembunuh.

4. Jika seseorang itu adalah seorang perokok, kaki botol, kaki perempuan, kaki bangku, adakah dia masih berpeluang untuk mengambil sXe sebagai cara hidupnya?

-Mengapa tidak boleh?.Untuk mengambil sXe sebagai cara hidup seseorang itu, dia perlulah terlebih dahulu berhenti dari semua tabiat kaki botol, merokok, kaki perempuan melainkan kaki bangku .Bak kata pepatah 'buang yang keruh ambil yang jernih'. Maka dia perlulah memulakan hidup baru sebagai sXe'er berserta berazam untuk meninggalkan semua tabiat tersebut. Dan jangan pula setelah memangkah 'X' di tangan tetapi dalam masa yang sama menghisap rokok
pulak. Itu sudah hipokrit.


5. Mengapakah terlalu banyak peraturan di dalam sXe?

-Seperti yang pernah aku baca dulu, sXe bukanlah berkenaan peraturan atau yang seumpamanya. sXe adalah filosofi berkenaan dalam membuat keputusan dan mengawal tindak-tanduk diri anda dalam hidup seharian. Dengan keputusan anda untuk mengambil sXe sebagai cara hidup anda,maka secara tidak langsung
anda telah mengawal hidup anda dengan tidak merokok, meminum arak, menghisap dadah dan begitu juga dengan sex bebas atau sex rambang atau juga dikenali dengan sex bertukar pasangan. Dengan itu anda telah mengawal hidup anda dari sebelumnya.

6. Adakah dengan meminum kopi masih lagi di kire sebagai sXe'ers.Ini kerana di dalam kopi terkandung kaffien yang juga merupakan salah satu dadah.

- Jika di fikirkan secara lojik, jika kaffein itu adalah dadah mengapakah kerajaan Malaysia masih lagi membenarkan penjualan kopi? Sedangkan Malaysia merupakan negara yang begitu tegas di dalam masalah dadah. Barangsiapa yang membawa dadah lebih dari miligram. Ia akan dihukum gantung sampai mati. Jadi adakah mengambil kaffien masih lagi sXe? Dadah yang dimaksudkan di sini adalah dadah yang salah di sisi undang-undang. Seperti kokain, ganja dan yang seumpamanya. Maka apabila kita mengambil kopi yang mempunyai kandungan kaffein, ia tidaklah salah di sisi undang-undang dan anda masih lagi seorang sXe'ers.

7. Adakah sXe itu adalah sebuah facism movement?

-Sebenarnya sXe bukanlah facism movement seperti yang di heboh-hebohkan. Sekali lagi aku tegaskan sXe bukanlah facism movement. sXe'ers itu sendiri yang menjadikan sXe facism movement pada mata orang ramai. Ataupun mungkin juga ia menjadi sebegitu kerana sXe itu telah di cemari dengan kehadiran hardliner. Dengan sikap yang terlalu extreme dan terlalu fanatik, inilah yang menyebabkan sXe'ers itu menjadi seorang facists.

8. Adakah sXe itu sebuah agama?

-Agama adalah sebuah kepercayaan dan pastinya terdapat tuhan yang akan disembah. Jika sXe itu adalah sebuah agama, apakah kepercayaan yang ada pada sXe itu sendiri?. Tiada sebarang kepercayaan dan tiada tuhan. Mungkin agama dan sXe dianggap sama hanya kerana pada nilai moraliti yang terdapat di dalam sXe itu. Apa yang berlaku itu adalah cuma secara kebetulan sahaja. Jadi mengapa mengatakan sXe adalah sebuah agama? Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini, sXe adalah lifestyle atau cara hidup.

9. Perlukah seorang sXe'ers itu menjadi vegan?

-Tidak perlu kerana 'vegan is not a part of sXe'. Bergantung kepada diri masing-masing. Jika anda ingin menjadi vegan ,silakan ia bergantung kepada pemilihan peribadi anda dan begitu juga sebaliknya. Terserah kepada individu itu sendiri? Hak untuk membuat keputusan berada di tangan anda. Buatlah keputusan sebaik yang mungkin.

10. Sebagai sXe'ers, bagaimana pula pergaulannya, adakah terdapat batas. Contohnya adakah dia di larang untuk berkawan dengan perokok dan sebagainya?

-Perlu diingat bahawasanya tidak perlu untuk memilih kawan. Friendships forever hahaha.Persahabatan boleh diumpamakan sebagai suatu bulatan.Tidak akan putus. Jadi mengapa perlu kita memilih kawan? Hanya mereka adalah seorang perokok, kaki botol? Kita perlu berkawan dengan semua orang tidak kira perokok atau siapa sahaja. Kita juga akan dapat menunjukkan contoh yang baik terhadap mereka.

Perkataan 'Anarchy' itu adalan datangnya dari bahasa Greek ( Yunani ). Awalan/imbuhan 'an' ( atau 'a' ) yang terdapat dalam perkataan 'Anarchy' itu membawa maksud 'tidak'/'ketiadaan'/'kesempitan' .Manakala perkataan archos itu dapatlah kiranya di takrifkan sebagai 'pengarah'/ 'ketua'/ 'penguasa'/ 'pemerintah'. Secara ringkasnya anarki itu adalah "no goverment" ( tiada pemerintah ) dan lebih amnya dikenali sebagai "no authority" ( tiada kuasa/autoriti ). Anarki adalah sesuatu yang begitu kontra dengan peraturan dan undang-undang yang menyekat kebebasan hidup manusia.Namun begitu manusia masih lagi perlu kepada peraturan ataupun sistem untuk mendisplinkan lagi kitaran hidup manusia. Jika manusia itu hidup tanpa batasan, maka tiada banyak beza antara manusia itu sendiri dan haiwan. Fikirlah dengan kewarasan akal fikiran kalian semua.

Anarkisme ini lebih tertumpu kepada gerakkan menentang sistem pemerintahan yang bertingkat-tingkat atau dengan kata lain hirarki .Mengapa?, kerana hirarki ini adalah struktur organisasi yang dapat menghasilkan kuasa dan secara tidak langsung akan berlaku 'masyarakat rimba'.Di mana akan berlaku penindasan di antara yang berdarjat dan rakyat biasa serta golongan bawahan.

Anarkisme

Anarksime adalah sebuah teori politik.Anarkisme juga adalah teori politik yang bertujuan untuk membentuk dan mencipta individu dalam masyarakat supaya hidup bebas serta berkerjasama tanpa mengira warna kulit,agama,fahaman, darjat,tua dan muda.

Seperti yang dinyatakan di atas,anarkisme menentang semua tatacara kawalan hirarki.Sama ada kawalan itu di buat oleh kerajaan mahupun kapitalis."Chaos" ( kacau-bilau ) atau "without order" ( tanpa arahan ) adalah di antara slogan yang sering digunakan oleh para anarkis untuk menyatakan hasrat 'social chaos' mereka.Walaubagaimanapun, tidak diragui bahawasanya anarki dan anarkisme ini adalah idea yang di salahgambarkan di dalam teori politik oleh segelintir pihak.

Anarkisme ini lebih di kenali dengan 'liberatarian socialism'.
liberatarian socialism
: Sistem kemasyarakatan/sosial yang percaya dalam kebebasan bersuara,pemikiran dan kehendak/kemahuan. Ia juga sebuah sistem yang mana kuasa kedua-dua politik dan cara hasil barangan serta pembahagiannya adalah seimbang.

Anarkis adalah seorang yang sosialis.Semua cabang anarkisme adalah menentang kapitalisme.Mengapa editor berkata sedemikian?,ini kerana kapitalisme adalah berintipatikan penindasan dan ekploitasi dan itulah di antara cabang kapitalisme.Termasuk dominasi yang di lakukan oleh mereka ( kapitalis ) Untuk abad ke-21 ini, menumpukan sepenuh perhatian terhadap kapitalisme adalah lebih penting kerana itulah yang sedang mendominasi dunia kini. Setiap manusia berhak untuk mendapatkan hidup yang lebih bebas. Mereka juga perlu berusaha untuk melepaskan diri mereka dari kejelekan perhambaan kapitalisme itu.Seterusnya merancang strategi untuk melumpuhkan setiap kapitalis yang masih lagi tegak berdiri di muka bumi ini.

Namun begitu tidak ramai di kalangan masyarakat yang mengetahui anarki ini dengan lebih mendalam ( termasuk editor ). Akan tetapi editor percaya bahawasanya tidak mustahil teori ini dapat mencetuskan sebuah revolusi seterusnya di terimapakai oleh semua pihak dan pastinya bahtera yang sama-sama dikemudi akan kelak sampai ke destinisinya.